Sunday, January 29, 2012



FELT - Tissue Box




3 lotus tissue box.....
mengunakan kain felt


Thursday, January 26, 2012


Plato : Antara Cinta dan Perkahwinan

Suatu hari, Plato bertanya kepada gurunya, Socrates, tentang cinta dan perkahwinan. Berikut adalah dialog mereka .


“Guru, cuba terangkan kepadaku tentang apakah itu cinta?


hmmm baiklah, sekarang kau pergi ke taman bunga di depan sana dan ambilkan untukku sekuntum bunga yang paling indah dan cantik untukku, dengan syarat kau tidak boleh kembali atau berpatah balik kebelakang, dan ingat, hanya satu kali pengambilan sahaja, kemudian kembali ke sini, kau akan belajar sesuatu tentang cinta.”


Tanpa banyak tanya, Plato terus berlari ke taman bunga di hadapan mereka. Dia berjalan terus ke hadapan, sambil mencari bunga yang paling indah dan cantik. Namun akhirnya, ketika dia kembali semula,
“maaf guru, saya tidak membawakanmu walau sekuntum bungapun”


“kenapa ?”


“ketika saya melihat sekuntum bunga yang indah dan cantik, saya fikir mungkin masih ada yang lebih indah dan  lagi cantik  di depan sana, dan hal ini terjadi di sepanjang perjalanan, hingga sampai di akhir taman saya sedar saya belum menemukan bunga yang paling indah dan cantik untuk guru. Saya tidak boleh berpatah balik kebelakang lagi, kerana engkau telah melarang”.


“seperti itulah cinta, plato”


” kalau begitu, guru…terangkan kepadaku tentang apa itu perkahwinan?


“baiklah, sekarang pergilah engkau ke hutan di depan sana dan ambilkan untukku satu batang ranting yang paling panjang dan sihat, tapi syaratnya kau tidak boleh menoleh ke belakang, atau berpatah balik kebelakang semula, hanya satu kali pengambilan sahaja. Setelah engkau kembali, kau akan belajar sesuatu tentang perkahwinan


Plato terus berlari ke hutan yang dimaksudkan untuk  mencari batang ranting yang paling panjang dan sihat, dan setelah dia kembali semula,


“guru, ini pohon yang kau maksudkan


batang ranting yang ini tidaklah  begitu panjang dan juga tidak begitu sihat, mengapa engkau ambil yang ini?”


Lalu Plato menjawab,


 “Saya belajar dari pengalaman sebelumnya. Ketika saya melihat ada pohon yang tinggi dan sihat, saya terus mengambilnya. Namun di depan, saya melihat lebih banyak ranting yang lebih panjang dan sihat, namun saya tidak boleh berpatah balik semula.”


“ya…seperti itulah perkahwinan




Tuesday, January 24, 2012

Agar-agar telur bersantan


Agar-agar telur  bersantan


Bahan A
3 ketul gula kabung
1 bungkus agar-agar
1 liter air
3 ketul gula batu
Gula ( tambah jika agar-agar kurang manis)

Bahan B
1 biji santan pekat
3 biji telur – pukul hingga kembang
Sedikit garam
1 sudu teh asen vanilla

Caranya (A)
1.     Campurkan semua bahan A masak sehingga larut.
2.     Tapis dan masukkan balik dalam periuk.

Bahan B
1.     Campurkan telur yang telah dipukul, santan, asen vanilla dan garam. Gaul rata.
2.     Masukan ke dalam agar-agar tadi.
3.     Didihkan sebentar, angkat dan tuang kedalam Loyang. Sejukan
4.     Siap

 












*boleh gantikan gula kabung dengan 1 ketul gula Melaka. Warnanya lagi cantik dan gelap

Sotong kangkung

Sotong Kangkung


Bahan A
2 ekor sotong kembang
1 Ikat kangkung
Secubit garam

Bahan B
1 ketul Gula Melaka
3 biji Limau kasturi (ambil jusnya)
1 sudu teh tepung jagung – campurkan ½ gelas air
2 sudu besar pes cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap masin
Garam + gula secukupnya
2 gelas air

Bahan C
1 biji timun – potong jejari
Sedikit bijan – sangai


Caranya (A) :-
Rebus sotong bersama sedikit garam.
Celur kangkung bersama sedikit garam

Caranya (B) :-
  1.    Masukan air kedalam periuk, didihkan sebentar. Kemudian tambahkan pes cili. Biarkan sehingga cili masak.
  2.    Campurkan sos tiram, sos cili dan kicap masin.
  3.    Masukan tepung jagung dan jus limau kasturi. Kacau sebati hingga kuah likat. Rasa gula dan garam. 
  4.    Aturkan timun, kangkung dan sotong kedalam pinggan, tuang kuah dan tabur bijan.
  5.    Siap.

*garam dan gula tambah sikit jer sebab kicap masin dan gula Melaka dah masin dan manis. (kak za x letak pun...)
* Sos cili akak tambah bagi pedas sikit :p

Sunday, January 22, 2012

SENYUM



Senyum


Senyum pada setiap pagi ketika bangun akan memberi tahu otak bahawa kita dalam mood gembira. :)






Saturday, January 21, 2012

CINTA

Cinta


Ya Allah
Tenangkanlah hatiku
Tenteramkanlah jiwaku
Damaikanlah perasaanku
Ya Allah
Sesungguhnya ku tahu, dia bukanlah diciptakan untuk ku
Ku terima segalanya dengan redha
Namun ku hanyalah manusia biasa
Hati ini, begitu resah, gelisah,sedih dan pilu 
Kini bersatu
Ya Allah
Peliharalah aku
Lindungilah aku
Hilangkanlah kelukaan hati ini
Hilangkanlah Kekecewaan hati ini
Dalam menghadapi musibah ini

Ya Allah
Hanya padaMu ku pohon
Pertemukanlah aku 
Dengan insan yang Kau ciptakan untuk ku.....



Sakura

DIY Sakura

1.

1. Kertas 4 segi sama

2.

2. Lipat  2 ( jadikan 3 segi)


3.



4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13. 

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.
20. Potong hujung supaya sama

21.

22.

23.

24
24. Siap (Buat lebih kurang 10 - 15 kuntum)



Jeng-jeng Dah siap


Pernikahan

PERNIKAHAN


Pada suatu masa yang ditetapkan
Kita pasti dirisik
Pertunangan sejak azali
Dihujung hidup nanti
Berlangsungnya perkahwinan dengan maut
Hantaranya sakit dan nazak
Tamu bertandang menghadiahkan tangisan
Pengantin dimandikan
Dipakaikan baju putih
Wangiannya gaharu
Cendana jadi pelamin
Pengantin bersanding bersendirian
Diarak keliling kampung
Berkompangkan azan dan kalimah kudus
Akad nikahnya, bacaan talkin
Berwalikan liang lahad
Bersaksikan nisan-nisan
Sirami mawar keluarga terdekat
Malam pertama bersama kekasih
yang dindingnya tanah
Dan menuntut janji pernikahan
Hidup ku.......

diterima dari seorang teman, Mohd Yusri 26/1/07, 14.29

origami

Sakura flower


Hmm nanti kak zaza tunjukan caranya :)



Wednesday, January 11, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...