Thursday, August 23, 2012

BISKUT KELAPA PANDAN


BISKUT KELAPA PANDAN



Bahan-bahan

225 gm tepung jagung
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik
125 gm gula aising
155 gm mentega
75 gm kelapa kering
25 gm badam serbuk
1 biji telur
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu besar pandan emulco

Bahan hiasan (secukupnya)

Kelapa kering
Pandan Emulco
Telur putih


Cara - caranya

1. Campurkan kelapa kering dan pandan emulco didalam bekas kemudian gaul rata.Ketepikan.
2. Pukul telur, gula dan asen vanilla hingga sebati.
3. Masukkan tepung jagung, gandum, kelapa kering, serbuk badam. Adunkan adunan hingga menjadi serbuk    
    roti.
4. Masukkan mentega sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
5. Canai dan terap doh, sapukan putih telur dan tabur kelapa kering.
6. Bakar 180C selama 15 - 20 minit.
7. Sejukkan dan simpan didalam balang kedap udara.






Wednesday, July 25, 2012

Rancangan Perniagaan

Assalamualaikum.

Info menarik untuk teman dan rakan di luar sana yang ingin memulakan perniagaan.
Kak zaza jumpa 1 web ni. clik 1f1s. Banyak info untuk membuat rancangan perniagaan.

Diharap ini dapat membantu mereka yang masih tercari-cari info membuat rancangan perniagaan.

Sunday, April 29, 2012

Strawberry

Strawberry






Hmmm lepak-lepak tengok tv sambil makan strawberry. Hmmm manisnya. Di antara khasiatnya ialah

1. Dapat memutihkan gigi. Ianya juga boleh menghalang bau mulut.

2. Dapat mencegah kanser. Antioksidan yang tinggi dapat melindungi dari kanser.

3. Boleh mencantikan kulit.

4.Tinggi Vitamin C

5. Boleh mencegah penyakit leukimia

6. Mengurangkan kolestrol dalam badan




Ikan Bakar Simple Dan Air Asam

Hmmm mula-mula ingatkan nak goreng jer ikan ni. Tapi adik pulak bagi idea. Sedap gak sekali sekala tukar selera. Resepi ni memang simple. Kak zaza bakar atas dapur jer. Kalau boleh buat bara tu lagi best.


Ikan Bakar Simple

Bahan-bahan

Ikan sembilang
Daun Pandan
Kunyit
Garam dan gula

Caranya

Campurkan semua bahan dan lumur atas ikan tadi. Kemudian bakar.

Air asam

Bahan-bahan

1 Labu bawang merah - hiris nipis
1biji tomato - cincang dadu
1 sudu besar kerisik
1 biji cili merah - hiris nipis
10 biji cili api - hiris nipis
5 biji cili api - tumbuk halus (pilihan)
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air
garam

caranya

1- Campurkan 1 sudu besar asam jawa dan 1 cawan air. Gaul rata.
2. Campurkan semua bahan lain. Gaul rata


Kerabu Mangga Simple

Kerabu Mangga Simple


Bahan-bahan


1 biji mangga muda - hiris jejari (memanjang)
1 labu bawang merah - hiris nipis
5 biji cili api - hiris nipis
1/2 cawan kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
1/2 cawan ikan bilis - goreng dan tumbuk kasar
1 sudu besar bijan - sangai
garam dan gula

caranya

Masukan semua bahan dan gaul rata. Tabur bijan. Siap



Popia Goreng dan Sambal

Popia Goreng dan Sambal

Hmmm dah lama tak buat popia, tetiba jer datang idea nak buat popia goreng. Kebetulan adik datang rumah so mama pun claim lebih, heheh. resepi ni simple dan mudah jer.





Popia Goreng

Bahan-bahan

Kulit popia secukupnya ( biasanya dijual dalam 40keping 1 paket)

1 biji labu bawang merah - hiris nipis
1 cawan daging ayam cincang
1 cawan taugeh

1 biji lobak merah - parut jejari / hiris jejari
2 keping kobis - hiris nipis
5 biji cili api - hiris nipis (pilihan, kalau tak nak letak pun boleh)
1 biji telur - pukul
Garam dan gula

caranya

1. Tumis bawang merah dengan sedikit minyak. Masukan ayam dan gaul sebentar.
2. Masukan lobak merah, kobis, taugeh dan cili api, garam dan gula. Gaul rata.
3. Campurkan telur dan kacau hingga telur masak.
4. Masukan bahan dalam penapis (toskan air dan minyak). Ketepikan
5. Ambil sekeping kulit popia, sudukan intinya dan gulung. Buat hingga siap.
6. Panaskan minyak dan goreng popia tadi. (pastikan minyak dalam kuali banyak)

Sambal Popia

Bahan-bahan

1 labu bawang kecil - cincang
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
2 sudu besar bijan - sangai
garam dan gula

caranya

1. Tumis bawang merah hingga naik bau. Masukan cili kisar.
2 Setelah cili masak campurkan sos cili, cuka, madu, gula dan garam. kacau hingga likat.
3 Tuangkan di atas popia dan tabur bijan.






Sunday, March 25, 2012

Inai Bagi Lelaki

Hukum Pemakaian Inai Bagi Lelaki

Hmmm musim orang kahwin ramaila pengantin nak berinai. Tapi info ini untuk pengantin lelaki. Info ni mungkin sesuai untuk mereka yang ingin berinai.

Disalin dari website : http://muamalat.islam.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak



Keputusan: 

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Keputusan (English): 
 
Ruling On Applying Design Henna In Islam

Decision:

The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:

1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna

2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.

3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.

 

Cuka Kurma



Cuka Kurma

Baru-baru ni seorang teman hadiahkan zaza sebotol cuka kurma. Hmmm tercari-cari la khasiatnya. Jumpa info kat bawah kemudian 'copy' dari http://manmala.blogspot.com. Terima Kasih. 



Kandungan Cuka Kurma:-


Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan


Boleh klik http://manmala.blogspot.com untuk info yang lengkap.

Sony Ericsson Spiro W100

Sony Ericsson Spiro W100


 





Telefon SE w100 milik za telah rosak. Huhuhu kene beli phone baru. Telefon ni ok mula-mula tapi lepas 3-4 bulan mulalah buat 'perangai'. Hmmm out of memory la, ribbon la, plat lah.  Takpe sok dapat phone baru. Heheh :-p

Ada sesiapa yang pernah guna phone ni?

Saturday, March 24, 2012

Kastad Labu

Kastad Labu



Bahan - bahan

1 biji labu - belah 2 dan buang bijinya
5 biji telur - pukul
1 biji kelapa - ambil santanya (lebih kurang 250ml)
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastad
sedikit agar-agar - masak hingga larut

Caranya :-

1. Ambil bahagian atas labu, ambil isinya dan kisar halus atau cincang.
2. Satukan susu, telur, santan,gula, tepung kastad, agar-agar dan labu yang telah dikisar / cincang tadi.
3. Tuang adunan ke dalam labu dan kukus selama 45 minit. Tambahkan masa jika labu agak besar.
4. Sejukkan labu ke dalam peti sejuk. Potong setelah kastad keras.



Kuih Keria Labu

Kuih Keria Labu



Resepi Kuih keria Labu

Sebiji Labu -  lebih kurang 1 kg
1 1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan gula
sedikit air

Caranya :- 
1 . Potong labu kemudian buang kulitnya, rebus hingga empuk.
2. Toskan airnya, lenyek hingga hancur.Ketepikan.
3.  Setelah labu sejuk campurkan tepung gandum, garam dan gaul rata. Doh zaza agak lembik sebab zaza lebih suka rasa lemak labu. Boleh ditambah tepung gandum jika suka. 
4. Bentukan doh menjadi gelang dan goreng hingga kuning. ketepikan.
5. Dalam kuali lain masak gula dan sedikit air, setelah air gula agak pekat masukkan kuih yang digoreng tadi. Kacau rata. Siap. 


Kasut




Kasut 



Hmmm suasana bawah meja kak zaza. Huhuhu bersepah kasut. Dah tak tahu macam mana nak kemas.

Monday, March 12, 2012

Buah Delima

Buah Delima




Bagi ibu mengandung buah delima elok dimakan selalu untuk mendapatkan anak yang bijak.



Sunday, March 11, 2012

Hujan



Hujan




Salam semua :)

Hmmm pagi ni hujan, sejuknya nak bangun pun rasa cam malas. :p

Sebenarnya hujan itu rahmat.

Firman Allah bermaksud, "Dan Dialah (Allah SWT) yang menghantar angin sebagi pembawa berita  yang mengembirakan sebelum kedatangannya (yakni hujan ) hingga apabila angin itu membawa awan mendung dan dihalakan ke negeri yang tandus (daerah yang kering kontang) lalu diturunkan  hujan bersama awan mendung itu, kemmudian dikeluarkan air hujan untuk membasahi bumi untuk terus hidup (Surah Al-A'raf, ayat 57)

Ketika hujan juga adalah masa yang amat tepat untuk berdoa kerana waktu itu amatlah mustajap.

P/s : pasni kene doa time hujan turun..... :)

Saturday, March 10, 2012

Wanita

Ustaz Azhar Idrus.


Buat kaum lelaki di luar sana, bacalah dan renungkan kata-kata ini.

Friday, March 9, 2012

Felt - Kasut Bayi


Berita Metro
Khamis 8 mac 2012

Zaza baca metro terus buka blog http://benangdanjarum.blogspot.com.




info : http://benangdanjarum.blogspot.com







Comelnya....
Nak tau lebih lanjut click Cik Diz. Zaza copy jer.

Cinta Dan Perkahwinan

Cinta Dan Perkahwinan


       Salam semua, apa khabar? Bulan Mac pun sudah tiba. Musim cuti sekolah ramai pula buat jemputan kahwin. Hmmm semua yang bercinta memang mengidamkan sebuah perkahwinan sebagai noktah perhubungan.


       Yang masih belum berjumpa 'mr/ms right' diharapkan bersabar, tidak perlu bersedih.  Janji Allah kepada hambanya Dia tidak akan lupa. Yakinlah jodoh itu ada cuma masa ditentukan lambat atau cepat. Segalanya telah ditentukan semenjak kita dalam perut ibu lagi. InsyaAllah. 


        Bertemu orang yang salah bukanlah suatu pekara yang mudah, namun kita diberi peluang untuk lebih berkeyakinan, matang dan menilai dari semua aspek. Kita akan lebih menghargai diri sendiri. Kita juga diberi pengalaman untuk menilai diri sendiri.


        Berdoa lah kepada Allah seperti dalam surah Surah Al-Baqarah ayat 186 ' Aku perkenankan doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu"   dan surah  Al-Mu'min ayat 60 "Berdoalah kepadaKu, nescaya Ku perkenankan doa kamu". 


        InsyaAllah janji Allah wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya (an-Nur:26) Segalanya adalah milik Allah. Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki. Itu adalah amanah bagi kaum adam. Sayangilah mereka.


          Hidup kita juga diberi banyak pilihan, jika kita tidak pasti  buatlah istikharah, minta petunjuk dariNya. 


           InsyaAllah suatu hari nanti akan bersatu 2 hati, bergabung 2 jiwa.


Moero Attack

Salam semua.

Moero attack, kisah pemain bola tampar jepun. Kisah drama ini ditayangkan sekitar tahun 90an. Buat meraka yang lahir sekitar tahun 70-80an mesti ingat cerita ni.




info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Moero_Attack
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=267956Moero Attack - Complete Series

Thursday, March 8, 2012

Kisah Nabi Sulaiman

Rezeki di tangan Allah

        Suatu hari Nabi Sulaiman ternampak seekor semut bertenggek diatas seketul batu. Baginda takjub bagaimana semut boleh hidup diatas batu di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman merupakan seorang nabi yang mempunyai mukzizat boleh memahami bahasa haiwan. Lalu nabi Allah bertanya,
"  wahai sang semut apakah engkau yakin makanan cukup untuk kamu?" Lalu sang semut menjawab dengan penuh keyakinan " rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah dan aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk aku".
         Nabi Sulaiman bertanya lagi, "berapa banyak makanan yang perlu selama sebulan dan apakah makanan kegegemaranya?" "Aku makan sekadar sebiji gandum selama sebulan" jawab sang semut. lalu Nabi Sulaiman mencadangkan sang semut tidak perlu melata lagi diatas batu kerana baginda boleh menolongnya memberi makan. Lantas baginda memasukkan semut kedalam bekas yang berisi sebiji gandum, lalu meniggalkan semut itu selama sebulan.
            Setelah genap tempoh sebulan Nabi Sulaiman terkejut apabila melihat semut tadi hanya makan separuh sahaja biji gandum berkenaan, lantas nabi menempelak sang semut tersebut, "rupa-rupanya kamu berbohong!. Dulu, kamu menyatakan hanya makan sebiji gandum sebulan, tetapi mengapa kamu hanya makan separuh sahaja?" soal Nabi Sulaiman. "Aku tidak berbohong! sebab kalau aku tinggal diatas sebiji batu aku pasti makan apa saja, banyaknya menyamai sebiji gandum sebulan kerana aku cari sendiri". "rezeki itu datangnya dr Allah! Allah tidak pernah lalai dan alpa pada aku, tetapi bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung kepada kamu!. "Aku khuatir kamu lupa nasib aku, sebab itulah aku makan separuh sahaja supaya tahan 2 bulan" jawab sang semut.
           Baginda tersenyum mendengar jawapan sang semut. Sambil melepaskan sang semut, nabi Sulaiman memuji sifat tawakal sang semut terhadap Allah yang tidak pernah lupa memberi rezeki kepada semua makhluk  ciptaanNya di muka bumi.





Saturday, March 3, 2012

Penyegar udara



Penyegar Udara


                 

                                                                               
Untuk melawan selsema, anda boleh membuat penyegar udara antiseptik sendiri. Caranya mudah, campurkan 10 titik minyak lavendar atau minyak rosemary dengan 4 auns air mineral dam masukkan kedalam spray bottle agar wangian lebih menarik. Ianya murah namun kekal sihat. (Tieraona Low Dog, MD)


Delima - anti kanser



Delima




1 oz buah delima mempunyai antioksida melawan kanser. Rasanya manis dan ranggup boleh dicampurkan didalam salad atau yogurt.

Tuesday, February 28, 2012

Petua Hilangkan Parut 1

1.Pisang




Ambil kulit pisang bahagian dalam kemudian gosok pada tempat yang  berparut. Lakukan sehingga parut hilang.


Hilangkan parut 2

1. Lidah Buaya / Aloe Vera



Caranya . potong sedikit pangkal sehelai daun lidah buaya. Gosokkan lendir tersebut pada kulit berparut. InsyaAllah parut itu akan hilang. Lakukan sehingga parut hilang.

Thursday, February 23, 2012

Doa Bertemu Jodoh Untuk wanita

Doa Pilihan



info : http://www.darussyifa.org

Doa Cepat Jodoh

Doa Pilihan

Surah Yusuf ayat 4



maksud : Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku


Nothings Gonna Change My Love For You

Lagu 


Singer : George Benson

Nothings Gonna Change My Love For You





If I had to live my life without you near meThe days would all be emptyThe nights would seem so longWith you I see forever, oh, so clearlyI might have been in love beforeBut it never felt this strong
Our dreams are young and we both knowThey'll take us where we want to goHold me now, touch me nowI don't want to live without you
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for you
If the road ahead is not so easyOur love will lead the way for usLike a guiding starI'll be there for you if you should need meYou don't have to change a thingI love you just the way you are
So come with me and share the viewI'll help you see forever tooHold me now, touch me now
I don't want to live without you
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love for
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youOne thing you can be sure ofI'll never ask for more than your love
Nothing's gonna change my love for youYou oughta know by now how much I love youThe world may change my whole life throughBut nothing's gonna change my love forNothing's gonna change my love for you


Info from MetroLyrics.com 

Wednesday, February 15, 2012

Sunday, February 12, 2012

Bunga Terbesar

Rafflesia atau Bunga Pakma







Suatu ketika dahulu bunga Rafflesia adalah bunga terbesar di dunia. Namun kini terdapat sekuntum bunga lagi yang dikatakan lebih besar dari rafflesia, iaitu bunga Amorphophallus titanum.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...