Thursday, March 8, 2012

Kisah Nabi Sulaiman

Rezeki di tangan Allah

        Suatu hari Nabi Sulaiman ternampak seekor semut bertenggek diatas seketul batu. Baginda takjub bagaimana semut boleh hidup diatas batu di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman merupakan seorang nabi yang mempunyai mukzizat boleh memahami bahasa haiwan. Lalu nabi Allah bertanya,
"  wahai sang semut apakah engkau yakin makanan cukup untuk kamu?" Lalu sang semut menjawab dengan penuh keyakinan " rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah dan aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk aku".
         Nabi Sulaiman bertanya lagi, "berapa banyak makanan yang perlu selama sebulan dan apakah makanan kegegemaranya?" "Aku makan sekadar sebiji gandum selama sebulan" jawab sang semut. lalu Nabi Sulaiman mencadangkan sang semut tidak perlu melata lagi diatas batu kerana baginda boleh menolongnya memberi makan. Lantas baginda memasukkan semut kedalam bekas yang berisi sebiji gandum, lalu meniggalkan semut itu selama sebulan.
            Setelah genap tempoh sebulan Nabi Sulaiman terkejut apabila melihat semut tadi hanya makan separuh sahaja biji gandum berkenaan, lantas nabi menempelak sang semut tersebut, "rupa-rupanya kamu berbohong!. Dulu, kamu menyatakan hanya makan sebiji gandum sebulan, tetapi mengapa kamu hanya makan separuh sahaja?" soal Nabi Sulaiman. "Aku tidak berbohong! sebab kalau aku tinggal diatas sebiji batu aku pasti makan apa saja, banyaknya menyamai sebiji gandum sebulan kerana aku cari sendiri". "rezeki itu datangnya dr Allah! Allah tidak pernah lalai dan alpa pada aku, tetapi bila kamu masukkan aku ke dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung kepada kamu!. "Aku khuatir kamu lupa nasib aku, sebab itulah aku makan separuh sahaja supaya tahan 2 bulan" jawab sang semut.
           Baginda tersenyum mendengar jawapan sang semut. Sambil melepaskan sang semut, nabi Sulaiman memuji sifat tawakal sang semut terhadap Allah yang tidak pernah lupa memberi rezeki kepada semua makhluk  ciptaanNya di muka bumi.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...