Thursday, January 26, 2012


Plato : Antara Cinta dan Perkahwinan

Suatu hari, Plato bertanya kepada gurunya, Socrates, tentang cinta dan perkahwinan. Berikut adalah dialog mereka .


“Guru, cuba terangkan kepadaku tentang apakah itu cinta?


hmmm baiklah, sekarang kau pergi ke taman bunga di depan sana dan ambilkan untukku sekuntum bunga yang paling indah dan cantik untukku, dengan syarat kau tidak boleh kembali atau berpatah balik kebelakang, dan ingat, hanya satu kali pengambilan sahaja, kemudian kembali ke sini, kau akan belajar sesuatu tentang cinta.”


Tanpa banyak tanya, Plato terus berlari ke taman bunga di hadapan mereka. Dia berjalan terus ke hadapan, sambil mencari bunga yang paling indah dan cantik. Namun akhirnya, ketika dia kembali semula,
“maaf guru, saya tidak membawakanmu walau sekuntum bungapun”


“kenapa ?”


“ketika saya melihat sekuntum bunga yang indah dan cantik, saya fikir mungkin masih ada yang lebih indah dan  lagi cantik  di depan sana, dan hal ini terjadi di sepanjang perjalanan, hingga sampai di akhir taman saya sedar saya belum menemukan bunga yang paling indah dan cantik untuk guru. Saya tidak boleh berpatah balik kebelakang lagi, kerana engkau telah melarang”.


“seperti itulah cinta, plato”


” kalau begitu, guru…terangkan kepadaku tentang apa itu perkahwinan?


“baiklah, sekarang pergilah engkau ke hutan di depan sana dan ambilkan untukku satu batang ranting yang paling panjang dan sihat, tapi syaratnya kau tidak boleh menoleh ke belakang, atau berpatah balik kebelakang semula, hanya satu kali pengambilan sahaja. Setelah engkau kembali, kau akan belajar sesuatu tentang perkahwinan


Plato terus berlari ke hutan yang dimaksudkan untuk  mencari batang ranting yang paling panjang dan sihat, dan setelah dia kembali semula,


“guru, ini pohon yang kau maksudkan


batang ranting yang ini tidaklah  begitu panjang dan juga tidak begitu sihat, mengapa engkau ambil yang ini?”


Lalu Plato menjawab,


 “Saya belajar dari pengalaman sebelumnya. Ketika saya melihat ada pohon yang tinggi dan sihat, saya terus mengambilnya. Namun di depan, saya melihat lebih banyak ranting yang lebih panjang dan sihat, namun saya tidak boleh berpatah balik semula.”


“ya…seperti itulah perkahwinan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...